THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 20 Julai 2009

syurga rumah tangga....

Hayati
pandang dgn mata, lihat dgn hati, renung dgn akal
Semoga yang baik dapat kita contohi bersama
Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi
Naluri semulajadi yg. pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yg. satu tapi jalan berliku
Destinasi sama kaedah berbeza
Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata(gah! suamiku seorang jutawan)
Tak kurang yg. merasakan
Bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan(wah! isteriku seorang jelitawan)
Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada nama
Dibaja gelar yang glamour(ah, isteriku seorg. celebrity)
Ramai jua yg. merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan(wah, suamiku seorang negarawan)
Pelbagai jalan menimbul delima
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu ada pada harta
Kalaulah bahagia itu ada pada nama
Kalaulah bahagia itu ada pada rupa
Kalaulah bahagia itu ada pada kuasa
Kenapa Charles & Diana berpisah?(seorang putera & seorang puteri)
Kenapa Elvis & Priscilla berpecah?(seorang seniman & seorang seniwati)
Kenapa Onasis & Jackie bertelagah?(seorang jutawan seorang celebrity)
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakkhta di kerajaan diriBahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah
Bahagia itu KESYUKURAN
Bila kaya pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati TuhanFirman Allah Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan
pada hati
Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuliskan niat luruskan matlamat
suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi
isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti
Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama AllahGerbang perkahwinan pun terserlah
Diatas tapak iman dirikanlah hukum TuhanIman itu tujuan syariat itu jalanTempat merujuk segala permasalahanTempat mencari semua penyelesaian
Isteriku, taatilah hukum Allah
Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah
Binalah hidup di neraca makruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solatIndahnya oleh munajat
Tapaknya.........iman
Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segalaKunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: Setia dan penyayang suamicinta dan kasih isteri
Lalu berbuahlah: mahmudah demi mahmudahYang melahirkan soleh dan solehah

di dalam dunia ini.........

Dalam dunia ini,Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.Tetapi dalam kita bersendiri,Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu

Lelaki yang ditarik Perempuan ke dalam Neraka

AyahApabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.SuamiApabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.AbangApabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.Anak LelakiApabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??

Ahad, 19 Julai 2009

Akibat buat Maksiat

Maksiat Menghalangi Ilmu PengetahuanIlmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".Maksiat mengahalangi RezekiJika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)Maksiat Menimbulkan Jarak dengan AllahDiriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang LainMaksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".Maksiat Menyulitkan UrusanJika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.Maksiat menggelapkan hatiKetaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".Maksiat Melemahkan Hati dan BadanKekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.Maksiat Mnghalangi KetaatanOrang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus KeberkahanPada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuaki jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.Maksiat Menumbuhkan Maksiat LainSeorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.Maksiat Mematikan Bisikan Hati NuraniMaksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat.


Sabtu, 18 Julai 2009

Perkahwinan : Isteri Soleh Untuk Suami Soleh Dan Sebaliknya

Di dalam perkahwinan, terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum pasangan itu berkahwin. Mafhum hadith mengatakan 4 perkara yang perlu diteliti untuk mencari calon pilihan. 4 perkara tersebut ialah:1. Keturunan2. Kecantikan3. Harta4. AgamaTetapi, agama lah yang perlu dititik beratkan ke atas faktor yang lain. Hamba yang berkulit hitam tetapi baik agamanya adalah lebih baik daripada daripada wanita cantik tetapi buruk agamanya. Sekiranya seseorang lelaki dapat mencari keempat-empat perkara di atas, maka dia merupakan seorang lelaki yang amat beruntung.Ramai lelaki yang suka berfoya-foya, tetapi apabila hendak mencari isteri hendakkan wanita yang solehah. Ini adalah konsep yang salah. Allah telah menyebutnya di dalam Al-Quran:[26] (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah Nur 24: 26)Perempuan yang baik lazimnya akan mendapat lelaki yang baik, perempuan yang buruk untuk lelaki yang buruk dan begitu lah sebaliknya.Alhamdulillah, saudara inginkan perubahan dalam diri saudara. Walaupun saudara merasakan tidak selayaknya untuk nya, buatlah perubahan di dalam diri saudara. Saudara perlu melengkapkan diri dengan ilmu fardhu ain (asas), ilmu-ilmu agama seperti fekah, tauhid, sirah dll. Saudara boleh mengikuti kelas-kelas agama di masjid-masjid, berdamping dgn orang yang soleh, 'alim ulama', sentiasa membaca buku-buku rujukan Islam dan lain-lain. Saudara perlu sentiasa berazam meningkatkan ilmu dan iltizam untuk beramal dengan Islam dan menjadi Muslim yang hakiki. Saudara tidak boleh mengharapkan isteri untuk membimbing saudara. Kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia. Allah berfirman:Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. (nisa 4: 34)Sering lelaki yang mengharapkan isteri membimbingnya, mengakibatkan keretakan rumah tangga. Ini adalah kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi, sikap kepimpinan, mahu cakapnya dipatuhi dan bukan mematuhi. Sekiranya kata-kata suami berlandaskan kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan menegah kemungkaran, maka selamat lah rumah tangga tersebut. Sekiranya isteri yang menegur suami, seringkali yang berlaku ialah keegoan suami tercabar dan diakhiri dengan kekasaran dan penganiayaan terhadap isteri. Akhirnya isteri solehah mana pun akan berasa sedih dengan sikap suami, mengalami tekanan perasaan dan lain-lain.Kesimpulannya, saudara perlu bersedia menjadi suami yang baik untuk wanita yang saudara cintai. Sekiranya tidak, dikhuatiri saudara akan menganiayai wanita tersebut, tidak membimbingnya dengan betul, dan mengakibatkan wanita tersebut hidup dalam tertekan kerana rumah tangga yang dibina tidak seperti yang diimpikan oleh Muslimah solehah.

lawak untuk iktibar!! bace ye...

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah... " Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dsalam al Quran" "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam..sampaikanlah walau satu ayat...