THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 18 Julai 2009

Perkahwinan : Isteri Soleh Untuk Suami Soleh Dan Sebaliknya

Di dalam perkahwinan, terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum pasangan itu berkahwin. Mafhum hadith mengatakan 4 perkara yang perlu diteliti untuk mencari calon pilihan. 4 perkara tersebut ialah:1. Keturunan2. Kecantikan3. Harta4. AgamaTetapi, agama lah yang perlu dititik beratkan ke atas faktor yang lain. Hamba yang berkulit hitam tetapi baik agamanya adalah lebih baik daripada daripada wanita cantik tetapi buruk agamanya. Sekiranya seseorang lelaki dapat mencari keempat-empat perkara di atas, maka dia merupakan seorang lelaki yang amat beruntung.Ramai lelaki yang suka berfoya-foya, tetapi apabila hendak mencari isteri hendakkan wanita yang solehah. Ini adalah konsep yang salah. Allah telah menyebutnya di dalam Al-Quran:[26] (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah Nur 24: 26)Perempuan yang baik lazimnya akan mendapat lelaki yang baik, perempuan yang buruk untuk lelaki yang buruk dan begitu lah sebaliknya.Alhamdulillah, saudara inginkan perubahan dalam diri saudara. Walaupun saudara merasakan tidak selayaknya untuk nya, buatlah perubahan di dalam diri saudara. Saudara perlu melengkapkan diri dengan ilmu fardhu ain (asas), ilmu-ilmu agama seperti fekah, tauhid, sirah dll. Saudara boleh mengikuti kelas-kelas agama di masjid-masjid, berdamping dgn orang yang soleh, 'alim ulama', sentiasa membaca buku-buku rujukan Islam dan lain-lain. Saudara perlu sentiasa berazam meningkatkan ilmu dan iltizam untuk beramal dengan Islam dan menjadi Muslim yang hakiki. Saudara tidak boleh mengharapkan isteri untuk membimbing saudara. Kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia. Allah berfirman:Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. (nisa 4: 34)Sering lelaki yang mengharapkan isteri membimbingnya, mengakibatkan keretakan rumah tangga. Ini adalah kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi, sikap kepimpinan, mahu cakapnya dipatuhi dan bukan mematuhi. Sekiranya kata-kata suami berlandaskan kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan menegah kemungkaran, maka selamat lah rumah tangga tersebut. Sekiranya isteri yang menegur suami, seringkali yang berlaku ialah keegoan suami tercabar dan diakhiri dengan kekasaran dan penganiayaan terhadap isteri. Akhirnya isteri solehah mana pun akan berasa sedih dengan sikap suami, mengalami tekanan perasaan dan lain-lain.Kesimpulannya, saudara perlu bersedia menjadi suami yang baik untuk wanita yang saudara cintai. Sekiranya tidak, dikhuatiri saudara akan menganiayai wanita tersebut, tidak membimbingnya dengan betul, dan mengakibatkan wanita tersebut hidup dalam tertekan kerana rumah tangga yang dibina tidak seperti yang diimpikan oleh Muslimah solehah.

0 ulasan: